Masalah mengajar kita kesabaran :)
Thursday, 28 June 2012 | Thursday, June 28, 2012 | 0 Kawaii ?
Bila orang mula bercerita tentang masalah dia , aku hanya menjadi seorang pendengar sahaja. Mungkin seorang pendengar yang sering bagi pendapat kat dia. Nasihat yang biasa-biasa sahaja bagi aku. Tapi bila aku mengalami masalah aku tak tahu nak bercerita kepada siapa. Aku hanya mahu seorang kawan yang boleh aku kongsi masalah aku, tetapi aku rasa aku belum jumpa lagi yang sebenar-benarnya. Munkin betul kata orang, kalau kawan dengan seseorang yang hanya mahu mengikis kekayaan kita atau kata lain suka berdamping dengan seseorang yang mempunyai sesuatu yang dia tidak miliki. Seoranag kawan yang macam tu tidak boleh dijadikan kawan baik tapi cuma kawan biasa sahaja. Kawan aku ada sesetengah yang macam tuhhh, tapi aku tetap anggap diorang kawan aku. Mungkin susah nak cari yang sempurna. " TIADA SIAPA YANG SEMPURNA DIDUNIA INI " . Dan itulah kenyataannya. Bila kita beri pendapat kepada seseorang tapi mereka tidak akan mendengar pendapat kita ada yang menerima dan ada yang menolaknya.
Kawan yang pernah aku rapat secara tiba-tiba bergaduh dengan aku hanya seorang perempuan yang mereka-reka cerita. Aku tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia, tapi apa yang aku tahu lagi aku still anggap dia kawan aku walaupun kami dah tak macam dulu. ERMMMM~~~ maksudynya baru tahun ni aku mula rapat dengan dia time awal tahun, tapi kami kawan cuma sekejap sahaja. Lagi seorang pulak, jadi orang tengah, yang memburuk-burukkan aku tapi akhirnya dia datang mintak maaf sebab hal tuhhh. Aku pun tak sangka sebenarnya dia sanggup buat aku macam tuhhh. Tapi aku tak simpan dendam walau sedikit pun kat dia, sebab dia masaih kawan aku. Yang dia ni pulak, aku tak tahu kenapa dia tak puas hati dekat aku sampai updated kata aku batak hot dekat facebook dan nak deactived account sebab aku. Mula-mula aku rasa macam budak-budak sebab benda tu tak masuk akal. Kenapa nak kecoh dekat facebook, duduk sebelah aku cakap jee lahh kalau tak puas hati dengan aku. Mungkin aku boleh perbaikinya dan mungkin aku boleh mintak maaf jika aku ada buat salah dengan dia. Setiap kawan ada macam-macam cerita. Setiap cerita membuatkan aku terima segala kekurangan aku. Setiap persahabtan membuatkan aku semakin berhati-hati memilih kawan, bukan tidak mahu berkawan dengan mereka tapi mungkin sikap dah SERIK dengan mereka dengan apa yang mereka buat dekat aku selama ini. Aku hanya mahu kawan seperti dulu dan bukan sekarang ini !! Apa yang kata adalah benar dan bukan main-main. Kalau kau baca, aku harap kau sedar bukan aku tak hargai berkawan dengan kau tapi aku takut perkara yang sama berulang kembali.
= TERIMA KASIH =
Owned by : Your Name
Best View in Google Chrome

About


