photo f8563d27-d5a5-43c5-89c9-292406186389_zps9812c788.png
Shahkira Zaki
Shahkira Zaki
Follow
Dashboard
Diary About Shout Linkies

Start Now !
Saturday, 28 July 2012 | Saturday, July 28, 2012 | 0 Kawaii ?

Puasa yang amat meletihkan bagi seseorang pelajar. Tapi itu semua perkara biasa bagi seseorang yang berusaha untuk berjaya. Tapi kadang-kadang seseorang itu tak sedar bahawa dia telah berjaya mencapai matlamatnya. Ada sesetengahnya yang beranggapan dia telah berjaya tapi sebenarnya TIDAK . Mungkin sifat keegoan yang tinggi dalam diri membuat dia berasa bangga dengan apa yang dia lakukan. Manusia semuanya begitu. Terlalu bangga dengan sesuatu yang belum pasti. Tapi bagi aku lain. Aku mahukan kejayaan dengan keredhaan sekali. Mungkin rasa MUSTAHIL bagi aku tapi aku akan cuba sedaya upaya. Selagi aku mampu aku akan lakukan.



Dah 6 hari kita berpuasa. Bermacam-macam dugaan yang telah dilalui oleh aku. Rasa macam perkara remeh jer cakap tapi ada satu hal yang aku nak cerita. Ada satu cerita kisah seorang anak yang cemerlang. Dia merupakan pelajar kebanggaan tapi dia mengalami kesulitan apabila peperiksaan yang didudukinya teruk. Anak yang soleh macam dia, tidak pernah kita terfikir dia akan mengalami perkara itu. Seorang anak yang mentaati ibu bapa, mempunyi akhlak yang baik. Disebabkan sudah lama dia tidak pulang ke kampung, menjeguk ibu bapa nya. Mungkin ini balasan bagi dia.
Ustazah cerita lagi, Pelajar tersebut berjumpa dengan ustaz di tempat yang dia belajar. Dan dia bercerita kepada ustaz itu tentang perkara yang dialaminya. Ustaz memberitahu itu mungkin balasan tuhan terhadapnya kerana tidak memberitahu khabar beritanya semenjak dia belajar disitu.

MORAL : Restu ibu bapa sangat penting walaupun dimana kita berada. Setinggi mana kita berada jangan lupa doakan kebaikan mereka agar kita menjadi anak yang soleh/solehah.

[THE END]



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Your Name
Best View in Google Chrome

Friends !